Saturday 27 October 2012

BLOG PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH RENDAH

Blogger : Abdul Malek Bujang

 
Blog ini bertujuan membantu para pelajar untuk memahami dan mendalami bahasa melayu dengan silibus terkini kementerian pendidikan Malaysia.
 
... Selamat melayari blog ...

Pengenalan Karangan atau Penulisan


1.Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.

2.Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.

3.Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.

4.Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:
1.Jenis Surat Kiriman Rasmi
2.Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3.Karangan jenis Ucapan
4.Karangan jenis Syarahan
5.Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6.Karangan jenis Berita
7.Karangan jenis Catatan Diari
8.Karangan jenis Laporan
9.Karangan jenis Perbahasan
10.Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat
1.Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2.Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3.Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4.Karangan Jenis Perbincangan
5.Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6.Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7.Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG
•menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
•menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
•menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
•menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup